Terung panjang bakar...pernah dengar tak? Sedap.....cicah pulak dengan sambal santan.....wuhhh..best! Terung bakar ni wangi, tapi kalau malas nak idupkan api, rebus pun boleh jugak. Macam2 boleh buat dengan terung ni, di rumah ada dua pokok...Alhamdulillah, buah tak behenti. Nak cuba tanam terung panjang yg warna hijau muda pulak, taukeh sayur kata terung hijau lebih manis. Nak jaga pokok ni senang ja, kalau nak pokok berbuah sokmo, buang daun2 yang dah hampir kuning dan kalau ada tunas yang baru nak naik di bahagian bawah atau tengah pokok, buangkan. Jadi pokok akan subur meninggi dan buah pun akan sentiasa ada. Resepi yang selalu guna terung: pajri terung, terung masak tumis cili, terung goreng dengan sos dan kicap, terung sumbat cili, terung masak kuning n terung rebus / bakar cicah dengan sambal.
No comments:
Post a Comment