Tuesday, November 30, 2010

Pucuk Ubi Kayu



Pucuk ubi kayu ni favorite suami....saya tanam ni pun sebab dah test beberapa kali....kalau masak ja masak lemak pucuk ubi kayu mmg licin. Kalau tak pun rebus cicah sambal belacan pun jadik...Rasanya pokok ubi kayu ni bukannya susah nak tanam sgt, tapi lagi susah nak cantas untuk pastikan pokoknya rendang dan rendah ja....Alhamdulillah, jimat la jugak duit dapur bila tanam pokok ubi kayu ni....di kedah ni, seikat dalam 50 sen, tapi dalam seikat tu, rasanya tak sampai separuh boleh makan, daun yang tua punya la banyak. Pandai peniaga ni, diletaknya daun muda diluar, daun yang tua diletakkan di dalam. Dah ada di 'little jade plot' ni, mudah sangat, nak makan petik ja....dalam 2 minggu boleh petik semula....Tapi sang belalang ni mmg minat sangat berehat kat pokok ubi kayu ni, nak kata dia makan daun nya sangat...tak jugak. Resepi: Pucuk ubi masak lemak cili api, rebus cicah sambal, masal lemak tempoyak, masak lemak putih dan kerabu pucuk ubi.

2 comments:

  1. pokok ubi kayu nampak sihat. ada beberapa jenis ubi, Kakdah suka yang berdaun panjang.

    ~bangchik and kakdah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...kalau tak salah rasanya yang ni jenis berdaun sederhana panjang, bertangkai merah...kalau ada rezeki, nanti saya ambilkan gambar jenis pucuk ubi yang 'berkerekot' pulak...ada yg kata sedap jugak. esok lusa kena 'sembelih' dah pucuk ubi ni, dah agak tinggi pokoknya....

    ReplyDelete