Thursday, December 2, 2010

Limau Purut

Pokok limau purut ni menjadi kegemaran jiran2. Saya sendiri tak tau apa sangat nak buat sebenarnya...selalunya saya hiris, ramas dan masukkan dalam baldi...mandi. Macam best baunya....Ada yang kata sedap kalau dibuat acar buah...baru nak cari petua macam mana nak jerukkan buah limau purut ni. Hari tu (ingat ingat lupa) ada dalam tv3, ada petua acar buah limau purut, masak dalam periuk tembaga, cantik buahnya, kekal hijau.


Musykilnya, bila pokok ni dah besar, macam dah hilang durinya...atau pokok yang ditanam ni pokok kawin. Di depan rumah, ada tumbuh pokok limau purut, baru dalam sejengkal, tapi durinya, mak aii...tajam betul.

2 comments:

  1. salam perkenalan ya nama ku melor.nice blog

    ReplyDelete
  2. Salam melor....tq. Still new n lots of things to learn...hehe

    ReplyDelete